Wednesday 8 February 2012

Pentas Pilih Kasih 3 Minggu Pertama!!

Assalamualaikum dan halooooooo semua!!!  5 Februari yang lepas berlalu sudah Pentas Pilih Kasih 3 minggu yang pertama yang berlansung di Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad,Senawang,Negeri Sembilan jam  9pm.. Tempat dan masa akan kekal seperti biasa setaip minggu!



Pentas Pilih Kasih 3 dimulakan dengan selawat bersempena dengan maulidur rasul..






Pentas kali ini agak meriah dengan kehadiran dua ratu filem melayu Erra Fazira dan juga Umie Aida..Mereka berdua cantik sedondon mengapit hero malaya Rosyam Nor!!



Persembahan artis Pilih Kasih di mulakan dengan monolog selama beberapa minit setiap seorang untuk mempersembahakan lakonan mereka.



MONOLOG

Ai Iqmal – Selamat Tinggal
Jalius Jaibin – Siapa
Hakim Yazid – Tunggu
Heri Aszmo – Tertinggal
Fareth Agang – Sesat
Nizen Ayob – Parah
Yizee Ariff – Tak Sabar
Airil Reffa – Lambaian
Aada Zara – Baru Balik
Naqia Nasution – Salah Gate
Hiera Hasan – Memori Indah
Miza Azura – Syukur
Sura Sojangi – Hasrat
Theera Alias – Bawa Bertenang
Marina Jose – Hilang
Reen Rahim - Hati  


Habis je monolog beberapa artis,drama arahan Erma Fatima "Konspirasi Cinta" pulang di tayangkan. Drama itu telah di lakonkan oleh artis PK3 di beberapa lokasi. Drama tersebut akan mempunyai episod sambungan setiap minggu. 



Akhir sekali merupakan segmen teater . Teater mereka bertajuk "Maulud di Andasuka" juga diarahkan oleh Erma Fatima sempena tema keislaman maulidur rasul.. 16 Artis menunjukkan bakat masing-masing dalam lakonan teater mereka apabila mendapat respon yang baik dari penonton di RTM,Senawang. 


Habis suda pentas dengan 3 persembahan, MONOLOG,DRAMA dan TEATER!

Artis bersama pengacara leletopsss Reza Mohamed!







Friday 3 February 2012

Jom Ramai-Ramai ke Pentas Pilih Kasih 3 di Senawang!

Assalamualaikum dan hye semua peminat2 Pilih Kasih!! Pentas Pilih Kasih 3 tinggal lagi 2 hari je..Pentas Pilih Kasih kali ini disiarkan pada hari ahad jam 9 malam di TV2..Jom la ramai-ramai kita serbu KOMPLEKS PENYIARAN TUANKU MUHAMMAD,SENAWANG,NEGERI SEMBILAN(RTM SENAWANG) bersebelahan dengan sekolah SEDAR. MASUK PERCUMA tau..dan TIADA HAD UMUR..ada banyak kemudahan kat situ,,SURAU ada,PARKING pun okay..bukan senang kan nak tengok para pelakon2,ni la peluang korang..:-)

Hahh..cantikkan?? Apa lagi,jom la! Pada yang nak datang tengok live tu,datang awal sikit ye,dlm 8pm macam tu da boleh datang..Kenapa perlu datang sampai senawang??Ehh...Korang dapat jumpa Rosyam Nor,Erra Fazira,Umie Aida,Erma Fatima,Reza Mohamed,Fauziah Nawi,Hamzah Tahir dan ramai lagi! dan tentu2 korang dapat jumpa Artis-artis Pilih Kasih 3 yang hensem2,comel2 ni secara live! Rosyam Nor selaku juri tetap Pilih Kasih mesti korang kenal..Hero Malaya tu..Erra dan Umie pulak Ratu Filem Malaysia..



Korang pun mesti da tengok Kisah Pilih kasih yang disiarkan setiap Rabu dan Khamis 9pm di TV2 yang di hos kan oleh Muaz Mohamed kan??Mesti da ada artis favorite kan..apa lagi,undi2!! PKUNDI<jarak>nama artis dan hantar ke 33199..yg ni untuk 1 undi..yang untuk pukal pulak PKUNDI3/5/10<jarak>nama artis dan hantar ke 33199 

Sabtu kita ada Zooom Pilih Kasih jam 9 pm..Yang ni pengacara dia Iesya Toh yang cun melecun..Dalam rancangan ni,kita pergi Zooom artis2 Pilih Kasih 1&2..Kita tengok2 apa perkembangan dorang dalam dunia hiburan...Jeng..Jeng..Jeng..

Dan ahad ni la Pentas Pilih Kasih..Yang ni,hos letopssss Reza Mohamed yang jadi hos..Mesti lagi meriah kan Pentas??Setiap Ahad 9pm di TV2.. 

Kenal tak semua pengacara kita??Jap,bg korang tengok ye..:-)



Dan ni pulak artis2 pilih kasih 3!










Wednesday 1 February 2012

Pilih Kasih 3 Musim Terakhir


Pelakon dan produser terkenal, Rosyam Nor membayangkan program Pilih Kasih musim ketiga (PK3) sebagai yang terakhir diterbitkan syarikatnya, Suhan Movies & Trading Sdn Bhd.

Keputusan itu bagaimanapun menurut Rosyam, bergantung kepada sambutan diberikan penonton terhadap program realiti bertunjangkan matlamat menggilap pelakon berwibawa yang akan bersiaran bermula 20 November depan di TV2, setiap Ahad, jam 9 malam. Katanya, ia belum muktamad namun sekadar membayangkan PK3 ini sebagai terbitan terakhir. 

Program realiti bagi Rosyam tidak boleh terlalu lama kerana jika ia diadakan dalam jangka masa panjang timbul kebimbangan sekiranya ia tidak lagi relevan untuk penonton. “Pun begitu, bergantung juga pada sambutannya apatah lagi untuk PK3 selepas melalui perbincangan dengan pihak RTM kami berjaya mendapatkan slot ‘waktu perdana.’

“Menerusi musim kedua yang lalu, hanya Pentas Pilih Kasih memperoleh slot perdana iaitu setiap Sabtu, jam 8.30 malam manakala Kisah Pilih Kasih 2 disiarkan setiap Isnin hingga Jumaat, jam 4.30 petang. Siaran ulangannya jam 10.30 malam hingga 11 malam, setiap Selasa hingga Sabtu.

“Kami melihat waktu siaran Kisah Pilih Kasih sebelum ini kurang bersesuaian kerana hanya sebilangan kecil kelompok penonton iaitu suri rumah dapat menontonnya sementara petugas awam dan swasta masih berada di pejabat."

“Berbeza dengan musim kali ini, Kisah Pilih Kasih yang bermula 25 Januari hingga 12 April nanti akan diadakan setiap Rabu dan Khamis jam 9 malam,” katanya.

Melalui slot perdana yang diperoleh, Rosyam mengharapkan perubahan waktu siaran itu dapat meningkatkan rating PK3.  Jika ia berjaya dan musim seterusnya disambung, Rosyam mahu menyerahkan takhtanya sebagai peneraju kepada calon yang sesuai.

“Saya mahu memantau dari kejauhan saja dan kedudukan saya akan digantikan seorang individu berkaliber. Dia juga mestilah penerima anugerah industri perfileman dan drama di Malaysia,” katanya ketika sidang media PK3, baru-baru ini.

Tidak hanya perolehan waktu perdana, PK3 juga tampil dengan kelainan melalui penyertaan dua pelakon popular tanah air, Erra Fazira dan Umie Aida selaku penasihat kepada Rosyam terutama untuk sesi penyingkiran peserta sewaktu siaran langsung Pentas Pilih Kasih. Kata Rosyam, kehadiran dua penasihat ini sesuai dengan kehendak penonton yang belum ini mempersoalkan mengapa keputusan penyingkiran Pilih Kasih dilakukan oleh dirinya seorang.

“Pemilihan Erra dan Umie dinilai berdasarkan kecemerlangan mereka dalam bidang lakonan. Saya fikir orang yang paling dekat dan nama mereka cukup gah untuk meng�galas tugas ini bersama saya ialah Erra dan Umie kerana mereka antara pelakon cukup dihormati di negara ini.

“Pihak penaja Telekom Malaysia Berhad dan RTM bersetuju dan tiada bantahan semasa nama mereka diusulkan. Umie dan Erra akan terbabit sebagai panel penilai siri uji bakat dan bertanggungjawab memantau perkembangan pelajar sepanjang 11 minggu,” katanya.

Sementara itu, tenaga pengajar PK3 pula dibarisi pengarah Erma Fatima yang dipertanggungjawabkan kali ini sebagai pengarah drama dan juga teater muzikal manakala Hamzah Tahir sebagai pengarah monolog.  Juri tetap yang mengikuti dan mengkritik persembahan peserta masih mengekalkan pelakon dan pengarah teater terkenal, Fauziah Nawi dan pensyarah kanan di Jabatan Pengajian Media Universiti Malaya, Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah.

Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad, Senawang Negeri Sembilan pula sekali lagi menjadi lokasi berlangsungnya Pentas Mingguan Pilih Kasih selama 11 minggu.
RTM Senawang-Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad



Kelainan lain, buat pertama kalinya program ini memperkenal�kan segmen ZoooM Pilih Kasih yang akan memulakan siarannya setiap Sabtu, jam 9 malam pada 28 Januari hingga 14 April.

Monday 30 January 2012

16 Finalis 'Pilih Kasih' Bakal Beraksi Di Musim Ketiga 25/1/2012

16 Finalis 'Pilih Kasih' Bakal Beraksi Di Musim Ketiga 25/1/2012

'Pilih Kasih 3' Program Realiti Terakhir - Rosyam Nor 25/1/2012

'Pilih Kasih 3' Program Realiti Terakhir - Rosyam Nor 25/1/2012

Artis-Artis Pilih Kasih 3

1. Yizee Ariff, 21 tahun, Pahang -untuk mengundi taip Pkundi Yizee 3/5/10 hantar ke 33199


2. Ai Iqmal, 18 tahun, Negeri Sembilan -untuk mengundi taip Pkundi Ai 3/5/10 hantar ke 33199

3. Fareth Agang, 21 tahun, Sabah -untuk mengundi taip Pkundi Fareth 3/5/10 hantar ke 33199

4. Nizen Ayob, 27 tahun, Johor – untuk mengundi taip Pkundi Nizen 3/5/10 hantar ke 33199

5. Heri Aszmo, 24 tahun, Sarawak – untuk mengundi taip Pkundi Heri 3/5/10 hantar ke 33199

6. Hakim Yazid, 26 tahun, Selangor – untuk mengundi taip Pkundi Hakim 3/5/10 hantar ke 33199

7. Airil Reffa, 26 tahun, Pulau Pinang- untuk mengundi taip Pkundi Airil 3/5/10 hantar ke 33199

8. Jalius Jaibin, 26 tahun, Sabah – untuk mengundi taip Pkundi Jalius 3/5/10 hantar ke 33199

9. Reen Rahim, 24 tahun, Selangor – untuk mengundi taip Pkundi Reen 3/5/10 hantar ke 33199

10. Miza Azura, 27 tahun, Kuala Lumpur – untuk mengundi taip Pkundi Miza 3/5/10 hantar ke 33199

11. Hiera Hasan, 26 tahun, Selangor – untuk mengundi taip Pkundi Hiera 3/5/10 hantar ke 33199

12. Theera Alias , 22 tahun, Kedah – untuk mengundi taip Pkundi Theera 3/5/10 hantar ke 33199

13. Aada Zara, 21 tahun, Kedah – untuk mengundi taip Pkundi Aada 3/5/10 hantar ke 33199

14. Sura Sojangi, 22 tahun, Selangor – untuk mengundi taip Pkundi Sura 3/5/10 hantar ke 33199

15. Naqia Nasution, 26 tahun, Selangor – untuk mengundi taip Pkundi Naqia 3/5/10 hantar ke 33199

16. Marina Jose, 23 tahun, Sarawak – untuk mengundi taip Pkundi Marina 3/5/10 hantar ke 33199

Pilih Kasih 3 bakal menyaksikan 16 artis bertarung untuk gelaran juara musim terakhir