Monday 30 January 2012

Pilih Kasih 3 bakal menyaksikan 16 artis bertarung untuk gelaran juara musim terakhir

Pilih Kasih 3 bakal mempamerkan pertarungan hebat antara 16 peserta untuk bergelar juara tidak lama lagi. Setiap hari Ahad,  bermula 5 Februari pada jam 9 malam di TV2, Pentas Pilih Kasih yang menjadi medan penting para peserta mempertaruhkan bakat masing-masing dalam menyampaikan tugasan mingguan yang diberikan akan dikeudarakan secara siaran lansung bersama pengacara Reza Mohamed.


Kisah Pilih Kasih yang memaparkan diari dan aktiviti pembelajaran dan tugasan peserta akan mula disiarkan pada setiap Rabu dan Khamis bermula 25 Januari hingga 12 April depan sebanyak 24 episod. Pada kali ini, pengacara dan penyampai radio Nasional FM, Muaz Mohamed diberi kepercayaan untuk mengacarakan Kisah Pilih Kasih.


Pilih Kasih tampil lebih segar dengan sebuah program baru iaitu Zooom Pilih Kasih yang menjejaki semula perkembangan semasa bekas-bekas bintang Pilih Kasih dalam dua musim sebelum ini. Bersama personaliti Iesya Toh selaku pengacara, program sebanyak 12 episod ini akan mula bersiaran pada 28 Januari hingga 14 April depan, pada setiap Sabtu pukul 9 hingga 10 malam di TV2.






No comments:

Post a Comment